Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PEMBATALAN PERMOHONAN PINDAH MILIK ATAS KEGAGALAN MENANDATANGANI MEMORANDUM PEMINDAHAN [M.O.T]

Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan sukacita menarik perhatian semua pemilik-pemilik tanah bergeran dan pelanggan-pelanggan bahawa berdasarkan pemantauan pihak Jabatan mendapati masih terdapat pemohon-pemohon yang tidak hadir untuk menandatangani Memorandum of Transfer [M.O.T] bagi permohonan pindah milik tanah. Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa pada 2hb Januari 2018 beberapa perubahan akan diperkenalkan bagi permohonan-permohonan pindah milik tanah iaitu:


   1. Pada masa ini, pemohon tidak perlu menunggu surat makluman perjanjian untuk menandatangani Memorandum Of Transfer [M.O.T] tetapi boleh ditandatangani 3 hari selepas permohonan pindah milik dihadapkan melalui atas talian, LARIS [https://laris.gov.bn] dan pengesahan penerimaan permohonan berkenaan telah diterima oleh pemohon daripada Jabatan Tanah. Permohonan tersebut akan hanya dihadapkan kepada pihak yang berkuasa apabila M.O.T telah selesai ditandatangani.


2. Pemohon-pemohon pindah milik tanah yang gagal menandatangani Memorandum of Transfer [M.O.T] dalam tempoh 21 hari bermula dari 3 hari selepas pengesahan penerimaan permohonan berkenaan telah diterima, maka permohonan pindah milik tanah tersebut adalah dibatalkan dengan sendirinya tanpa sebarang makluman. Pemohon yang berkeinginan untuk meneruskan pindah milik bolehlah menghadapkan permohonan baru.


3. Bagi permohonan yang masih berjalan sebelum perubahan ini berkuatkuasa dan pemohon belum hadir untuk menandatangani M.O.T adalah dipersilakan untuk berbuat demikian. Kegagalan untuk memenuhi penandatanganan yang dimaksudkan sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan permohonan dibatalkan dengan sendirinya.


Oleh yang demikian, semua pemilik-pemilik tanah bergeran dan pelanggan-pelanggan Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan yang berkenaan akan dapat hadir ke Jabatan Tanah, Bahagian Pendaftaran bagi tanah-tanah yang terletak di Daerah Brunei dan Muara dan di cawangan-cawangan Pejabat Tanah seluruh daerah di mana lokasi tanah mereka bagi tujuan yang dimaksudkan

.

Waktu perkhidmatan kaunter-kaunter Pejabat Tanah adalah seperti berikut:



Bahagian Pendaftaran, Pejabat Pesuruhjaya Tanah [Tingkat Bawah]
Hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu

8.00 pagi – 11.30 pagi

2.00 petang – 3.30 petang

Hari Jumaat, Ahad dan Hari Kelepasan Awam

 

Tutup
Pejabat Tanah Daerah Tutong, Belait dan Temburong
Hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu

8.00 pagi – 11.30 pagi

1.45 petang – 3.30 petang

Hari Jumaat, Ahad dan Hari Kelepasan AwamTutup

 


 

Attachments