Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Segera kemas kini maklumat pemilikan tanah

​Sejak projek peralihan Sistem Pendaftaran Tanah secara manual kepada Sistem Pendaftaran Tanah berkomputer pada tahun 1985, sebahagian daripada pemilik tanah berdaftar yang tidak diketahui bilangan kod pengenalannya telah didaftar menggunakan Kod Pengenalan Sementara iaitu Kod D bagi pemilik tanah yang meninggal semasa pendaftaran; dan Kod Z bagi pemilik tanah yang masih hidup semasa pendaftaran. 

Penggunaan kod pengenalan sementara itu adalah bagi melicinkan perlaksanaan projek berkenaan pada masa itu. Sekarang maklumat pendaftaran pemilikan tanah tidak dapat dikemas kini dan tidak ada pengemaskinian dibuat disebabkan tidak ada sebarang transaksi dan urus niaga tanah dibuat ke lot-lot yang dimiliki. Jabatan Tanah juga menghadapi kesulitan dalam mengesan pemilik-pemilik tanah sebenar dalam usaha mengemas kini maklumat-maklumat dalam Sistem Pendaftaran Tanah.

Para pemilik tanah yang didaftar menggunakan Kod Pengenalan Sementara atau ahli-ahli waris diminta hadir di mana-mana cawangan Pejabat Tanah daerah masing-masing untuk mendapatkan borang 'Mengemaskini Maklumat Pemilikan Tanah' dan mengembalikan semula borang yang telah lengkap diisikan dan menyertakan dokumen yang berkaitan. 

Maklumat tersebut diperlukan bagi membolehkan pihak jabatan mengemas kini data pemilik dan pemilikan tanah masing-masing ke dalam Sistem Pendaftaran Tanah.

Borang-borang boleh dimuat turun di laman sesawang Jabatan Tanah ini atau didapatkan di kaunter-kaunter Pejabat-pejabat Tanah seluruh negeri.

Tarikh terakhir untuk menghadapkan borang adalah 31 DECEMBER 2016.

Attachments