Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pencerobohan Tanah Kerajaan Di Bawah Bab 32 Kanun Tanah Penggal 40

Kebelakangan ini, cuaca kemarau dan kering yang berterusan telah menyebabkan kebakaran hutan gambut di beberapa kawasan Tanah Kerajaan di daerah Belait terutama di kawasan di sepanjang Lumut Bypass, Seria Bypass, Mumong Bypass dan Lebuhraya Tutong dan Brunei Muara.

Akibat kejadian kebakaran hutan gambut dan semak belukar di kawasan-kawasan Tanah Kerajaan berkenaan telah menjadi tarikan kepada pihak-pihak tertentu untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian secara haram. Di sesetengah kawasan, aktiviti-aktiviti  yang tidak mendapat kebenaran ini telah mula berkembang dengan cepatnya.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Tanah dengan ini mengingatkan kepada orang ramai bahawa pencerobohan Tanah Kerajaan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Bab 32 Kanun Tanah Penggal 40. Mana-mana orang yang didapati menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut tanpa kebenaran, jika SABIT kesalahan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

  1. $2,000.00 untuk kesalahan pertama;
  2. $3,000.00 bagi kesalahan kedua dan seterusnya atau penjara selama satu tahun atau kedua-duanya; dan
  3. Majistret boleh mengeluarkan suatu waran untuk mana-mana pegawai polis yang menghendakinya untuk menghalau dan mengeluarkan orang itu dari tanah Kerajaan berkenaan.
​​Di samping itu, mana-mana orang atau sesiapa sahaja yang bersubahat dengan pencerobohan Tanah Kerajaan berkenaan, juga jika disabitkan kesalahan akan menerima hukuman atau denda yang sama seperti di atas.

Oleh yang demikian, orang ramai adalah diperingatkan untuk mematuhi Undang-Undang Tanah berkenaan. Pegawai-pegawai Jabatan Tanah dan pegawai-pegawai dari agensi-agensi kerajaan yang berkaitan akan terus memantau perkembangan di kawasan-kawasan yang terlibat.​


Attachments